Kami menemubual Pak Wan dari Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL). DJKL merupakan organisasi yang bergerak aktif dalam menyalurkan makanan dan pelbagai bantuan kepada golongan asnaf dan golongan miskin bandar di Kuala Lumpur dan Selangor.

Boleh ceritakan sedikit kerja-kerja yang telah/sedang anda lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, dan mengapa ianya penting?

Dalam situasi wabak, di mana ruang bergerak terbatas, ritual harian terganggu dan berubah, sumber harian terbatas; kami merasakan mereka yang pada harian biasa sering tersepit & terpinggir akan lebih tersepit & terpinggir. 

Jadi kami di Dapur Jalanan Kuala Lumpur, bertindak untuk meneruskan aktiviti perkongsian makanan seperti biasa disamping berusaha utk menyediakan keperluan barangan harian kepada mereka yang memerlukan. Ini kami lakukan dengan kerjasama kawan-kawan NGO/perkumpulan anak muda di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Apakah peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan atau yang telah gagal dimainkan oleh kerajaan?

Kerajaan perlu menyelaraskan bantuan melalui agensi/badan kerajaan negeri/persekutuan. Cumanya dalam proses ini akan ada masalah birokrasi & jaminan penyampaian maklumat secara berkesan dan optimum juga perlu diselaraskan. Tapi, saya percaya mereka sekarang sedang menambahbaikkan proses tersebut.

Apa yang anda ingin lihat berlaku pada masa hadapan yang baru?

Kami mengharap kerjasama badan kerajaan & NGO dapat dihubungkan dengan baik tanpa ada prejudis dan syak wasangka antara satu sama lain demi pembangunan & kesejahteraan nusa dan bangsa. 

Apakah bentuk sokongan yang anda perlukan untuk kerja2 ini? Apakah impaknya setakat ini? (bilangan mereka yang telah dibantu dan lain-lain)

Kami mengalu-alukan sokongan pelbagai pihak dalam apa jua bentuk. Terutama dalam hal memberikan kebenaran untuk pergerakan dan operasi dalam situasi wabak ini. 

Setakat ini, kami terlibat dalam memberi bantuan kepada komuniti miskin kota tanpa rumah, komuniti miskin kota dan juga komuniti pelarian. 

Adakah kerja-kerja anda mempunyai elemen gender? Adakah kerja-kerja anda memberikan impak kepada wanita secara berbeza daripada lelaki?

Kami tidak membezakan atau mendiskriminasikan gender di dalam urusan-urusan kerja di DJKL kerana kami percaya semua orang perlu sama-sama membantu dan berganding bahu mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Author

Write A Comment