Untuk membolehkan kita mengekspresikan diri kita dalam berbincang mengenai isu gender dengan lebih kondusif, marilah kita belajar maksud di sebalik istilah-istilah berkaitan gender yang sering kali kita dengar dan lihat.

Definasi-definasi Istilah-Istilah Berkaitan Gender

Gender: merupakan satu konstruksi sosial yang berhubung rapat dengan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Gender tidak hanya bermaksud lelaki atau perempuan, tetapi juga merangkumi identiti seperti transgender dan interseks

Identiti Gender: Identiti gender tidak ditentukan oleh alat kelamin kita tetapi ditentukan oleh otak kita. Identiti gender merupakan konsep kendiri seseorang berkaitan dengan cara mereka melihat diri mereka sendiri dan naluri serta perasaaan mereka

Konstruksi Sosial: didefinasikan sebagai perlakuan, tindakan dan interaksi seseorang yang dicipta dan dipengaruhi oleh norma masyarakat

Transgender: merujuk kepada individu yang mempunyai perlakuan, pemikiran, perasaan dan ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir mereka

Interseks/Khunsa: individu yang lahir dengan karakteristik seks ( merangkumi organ seks, kelenjar kelamin, hormon atau corak kromosom ) yang tidak padan dengan definasi umum mengenai lelaki atau perempuan

Seks: Merujuk kepada biologi atau genetik sama ada lelaki atau perempuan

Cisgender: merujuk kepada individu yang identiti gender mereka selaras dengan jantina lahir mereka

Binary/Binari: Sistem yang mengenali gender secara khusus sebagai dua identiti dan jantina iaitu wanita dan lelaki.

Genderfluid/Genderqueer/Non-Binary/ Non-Binari: Spektrum identiti gender yang tidak secara eksklusifnya feminin atau maskulin. Individu yang tidak mengakui jenis kelaminnya secara spesifik.

Agender/Gender-Neutral:  Terma yang biasa digunakan oleh individu yang mempunyai identiti gender yang tidak selaras dengan jantina lelaki, wanita, atau apa-apa gender.

Author

Write A Comment