Hey perempuan.
Konvokesyen itu titik sebenar realiti hidup duniawi menjadi rakyat marhaen cuba untuk panjat status sosio ekonomi darjat yang lebih tinggi di mata manusia.

Perempuan seperti mana kau mahu jadi? Bapak ku bilang belajar lah kamu setinggi mana, jangan sampai kau lupa ke dapur. Realiti nya kita campuri semua urusan di kerja dan di rumah juga.

Hey perempuan.
Jangan pernah kau lemah. Kawan kau berjaya jangan kau murung. Kau pun mampu juga. Ingatkah lagi kau pada saat umur kau 8 tahun dulu.

Waktu kau berimpian bercita besar kau kongsi pada gurumu. Kau dongak mengira bintang di langit dan tertanya apa di luar sana untuk kau teroka.

Hey perempuan.
Ini masanya. Kau masih muda. Banyak yang menunggu di luar sana untuk kau teroka. Andai sekarang kau perlu korbankan cita kau demi keluarga atau apa sahaja.

Tak mengapa. Usah kau runsing. Dalam hidup juga harus ada jeda nya. Kau percaya saja pesan arwah atuk aku, “cu, percaya lah rezeki di mana mana. Kita cari ke tak cari, rezeki pasti ada. Allah tak zalim”

Hey perempuan.
Andai kau keliru mana satu kau mahu, ingatlah Tuhan mu ada. Yang kau sayang di samping mu juga ada.

Berkongsi dengan komunikasi. Jangan kau pendam akhirnya lama lama kau sendiri. Jangan kau rasa tiada yang sayang.

Hey perempuan.
Suatu hari nanti, andai bukan ajal yang menjemputmu dulu, kau akan dinikahi oleh seorang lelaki yang selama ini Allah rahsiakan dia daripada mu.

Ada zuriat juga yang mungkin bakal kau kandung. Cuba kau fikir, umat Muhammad seperti mana kau mahu anak kau jadi? Kalau yang baik kau mahu, kau perempuan harus baik dahulu.

Hey perempuan.
Percayalah kau bisa menggoncang dunia. Dalam pada kau mahu kaya, jangan pernah lupa mereka yang tiada daya. Jangan dongak langit selama lama. Tunduk lah ke tanah kerana di situ juga kau akhirnya.

Semak semula apa kau juangkan. Mula dengan gagah. Lintas segala persepsi. Perjalanan ini kau seorang saja yang miliki.

Write A Comment