Sedar atau tidak, semenjak dari kecil kita telah dimomokkan dengan pelbagai jenis lembaga dan hantu. Menariknya, hampir kesemua hantu tersebut dilabel sebagai perempuan, susuk wanita atau lembaga wanita. Pontianak, Hantu Kopek, Penanggal, Langsuir, Bunian dan sebagainya. 

Kenapa dan mengapa bila bercakap mengenai Pontianak sebagai contohnya, kita lebih merinding dari bercakap berkenaan Toyol?

Sisi yang baik dan perkasa berkenaan hantu-hantu ini dilihat sebagai perkara yang terpencil untuk difikirkan kembali. Sebagai contoh, kebanyakan filem atau drama genre seram yang punyai Pontianak sebagai wajah utama dilihat sebagai menggerunkan namun watak tersebut memaparkan kebangkitan mereka untuk menebus kembali penindasan yang berlaku semasa mereka hidup. 

Mengambil bunian sebagai analogi pula, bunian kebanyakannya melihat keperibadian seseorang yang murni dalam kalangan lelaki yang dipilih untuk memasuki alam bunian tersebut. Jarang dilihat dalam filem dimana memaparkan lelaki yang jahat dipilih untuk memasuki alam bunian. Dari segi berikut kita dapat memperlihatkan bagaimana kuasa wanita untuk memilih yang terbaik. 

Representasi wanita sebagai hantu yang mempunyai hak dan kuasa adalah salah satu elemen yang menarik dan masih kurang dibicarakan dalam ruang perspektif feminisme. Apa pendapat anda?

Author

Write A Comment