Pada suatu hari, saya pergi kenduri kahwin dan terserempak dengan kawan lama. Seperti biasa, kami bertanya khabar, update sesama sendiri tentang apa yang baru dalam hidup masing-masing. Rupanya kawan saya ni sudah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

“You macamana?” Dia tanya. Saya sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga tetapi tidak ada anak.

Saya ujar dengan selamba, “Oh anak takda, mungkin saya ni akan bela anak-anak bulu ajelah…” Wajahnya berubah menjadi serius. Dia memegang tangan saya erat dalam solidariti sisterhood.

“Jangan risau, ada masa lagi. Rezeki tu Tuhan yang menentukan.” Matanya bersinar dengan empati dan rasa kesian terhadap saya.

“Eh bukan macam tu…” saya kata. Mukanya bertambah sedih.

“Jangan cakap macam tu, kita tak boleh give up.” Seolah-olah saya dan ovari saya telah putus asa dan menyimpan rahsia kepedihan hidup tanpa anak.

Saya cuba sekali lagi, “Sebenarnya saya dan suami saya okay kalau takde anak. Saya bukannya maternal pun, anak-anak buah ramai, kami bahagia.” Kata-kataku bagaikan menjunam lurah yang dalam.

Dia melepaskan tanganku, matanya menajam. “You tak nak anak? Kenapa?”

Okay. Tunggu kejap, sis.

Saya tahu dia tidak berniat untuk rasa kesian atau menyoal siasat, tetapi responnya adalah sangat tipikal bila seseorang itu mendapat tahu yang seorang perempuan yang sudah berkahwin, dengan fizikal yang sihat dan mempunyai kemampuan tidak mahu anak. Mustahil seorang wanita tidak teringin untuk timang cahaya mata. Itu adalah naluri paling basic bagi setiap perempuan bukan? Pernah sepupu saya sewaktu menukar lampin anaknya kata pada saya, “Awak hanya tahu apakah erti seorang perempuan bila awak menjadi ibu.” Saya hanya mengangguk, malas untuk berhujah sambil melihat anaknya meragam and kencing sebaik sahaja dia meletakkan lampin baru dibawahnya.

Sebenarnya saya seorang yang agak ambivalen tentang motherhood. Ini bermaksud saya neutral tentang hal-hal keibuan. Tetapi hakikat ini memang sukar untuk orang percaya. Ikhlas saya katakan kalau kami dikurniakan anak, okay Alhamdulillah, kalau tidak pun saya tak rasa hidup saya kekosongan. Keluarga tidak hanya bermakna mak, bapak dan anak sahaja. Definasi famili bukan cetek seperti itu. Suamiku, keluargaku termasuk kakak, abang, anak-anak buah malah kawan-kawanku yang rapat adalah keluargaku jua.

Saya ada kawan-kawan lain yang memang bercadang tidak mahu anak. Kita harus respek pilihan mereka sebab dunia kita ni pun sudah terlalu ramai populasi. Saya juga kenal pasangan-pasangan yang telah cuba bertahun-tahun tanpa rezeki anak. Macam-macam telah dicuba, daripada IVF, minuman-minuman herba, dan menggunakan petua-petua lama. Yang pergi bomoh pun ada. Dan saya berdoa mereka berjaya akhirnya atau terbuka pintu hati untuk mengambil anak angkat. Adoption is an option kan?

My point is, semua pasangan atau individu ada perjalanan hidup masing-masing. Tidak ada yang betul ataupun salah. Mendirikan rumahtangga dan membesarkan anak adalah hanya satu cara untuk mencapai kehidupan yang bermakna. Banyak lagi cara lain.

Masalahnya juga berpunca daripada cara seorang anak perempuan dibesarkan. Arwah ibu saya seorang yang sangat progresif, mempunyai kerjaya pada satu ketika, sambil menguruskan rumahtangga secara teratur dan sentiasa menekankan kepentingan pendidikan untuk semua anak-anaknya. Namun, dia masih berleter suruh saya berkahwin. “Jangan lambat sangat kahwin, nanti susah nak dapat anak.” Inilah yang dituturkan terutama bila saya teman dia pergi kenduri kahwin. Kesian jugak saya tengok pasangan pengantin diatas pelamin diberi seorang bayi suruh pegang masa bergambar. “Ha! Nanti cepat dapat anak, bunting pelamin you!” Adalah hamba Allah sorang ni mesti cakap. Awkward… tapi diterima dengan senyuman kambing.

Mungkin sudah kebiasaan yang seorang perempuan dibesarkan dan dididik untuk melihat satu-satunya gol kehidupan adalah untuk berkahwin, mempunyai anak dan mendirikan rumahtangga bahagia. Dan jikalau ini bukan pelan idaman, jikalau seorang perempuan itu mahu yang lain, mencari kebahagiaan yang tidak muat dalam kotak sempit ini, ada sesuatu yang tak kena dengannya. Ironiknya ia adalah kaum hawa sendiri yang ramai prejudis terhadap perempuan yang tidak mahu anak.

Fenomena ini berlaku disekeliling saya. Bila saya ketemu teman-teman lama yang berkumpul kerana ada orang kahwin, baby shower atau reunion, soalan yang sama ditanya, dah kahwin? Berapa orang anak? Macam makcik-makcik yang kita cuba mengelak pada Hari Raya. Macam takda apa lagi yang boleh disembang. Dan kalau saya kata, anak itu bukan dalam perancangan hidup saya, memang sah keluar kata-kata, “Tunggulah, nanti mesti nak,” atau “Jangan macam tu nanti menyesal bila tua nanti,” atau “There’s still time to change your mind.” Macamlah saya tidak ada pendirian sendiri.

Jadi saya terfikir, kenapa saya harus mempertahankan kehidupan saya? Kenapa saya harus rasa bersalah kalau motherhood bukan untuk saya? Perkataan choice itu telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita. Pada suatu masa dahulu, seorang perempuan tidak ada hak atas badannya sendiri. Kesihatan wanita atau feminine health langsung tidak masuk dalam vokabulari gender. Ramai perempuan tanpa pilihan untuk perancangan keluarga menderita kerana terlalu ramai anak atau hamil tanpa henti.

Dengan birth control dan kemajuan sains, juga pendidikan yang setanding tanpa mengira jantina, kita sekarang boleh menentukan apa yang terbaik untuk kita dari segi fizikal dan juga mental. The ability to choose should not be taken lightly. Jadi untuk mempertikaikan pilihan seseorang itu atau mengatakan pilihan mereka itu tidak sesuai, adalah seolah-olah kita tidak menghargai pengorbanan dan perjuangan feminis-feminis sebelum kita.

Perkataan childless untuk mendefinasikan pasangan yang tidak ada anak juga memberi implikasi negatif seolah-oleh mereka gagal untuk mendapat anak. Jadi sekarang perkataan yang digunakan adalah child-free. Pilihan sis, bukan kegagalan.

Bagi saya, samada seseorang itu mahu anak atau tidak adalah hal dia sendiri. Carilah topik-topik lain untuk disembangkan dan mind your own business please

Artikel ini adalah pandangan, pendapat dan idea peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian EMPOWER Malaysia.

Author

Write A Comment